Teacher di taska Children Islamic Centre bagitau, "Ameera dengan Aysha susah sungguh nak bagi mereka tidur bila waktu tidur"
Patutlah bila balik rumah (sebelum Maghrib), mandikan mereka dan bagi sebotol susu seorang satu, lepas tu pasang kipas kuat-kuat dan mereka pun terus zzzzzz...
ps. Kalau terbangun selepas tidur petang, hmm, jawabnya tengah malam baru nak tidur diorang ni
Buat masa ini kami puas hati dengan CIC di Kota Damansara. Baru sebulan hantar, tak boleh nak judge lebih-lebih. Dan ini juga kali pertama kami hantar anak2 ke taska.